Pages

Tuesday 3 September 2013

GAMBAR CURI

- CANDID PHOTOGRAPHY -

Candid Photography dalam bahaso mudah eh ialah ngambik gambar curi-curi. Biaso eh photographer yang suko candid photography ni ialah street photoghraper. Candid photography ado nikmat yang tersendiri yang mano kito buleh dapek merakam emosi yang original subjek-subjek candid tersebut. Ado 2 jenis candid yang buleh dinyatokan iaitu candid terancang dan candid tidak terancang. Candid terancang nie popular di kalangan wedding photographer yang mano photographer akan mintak pengantin berlakon melakukan sesuatu dan gambar mereka dirakam saolah-olah macam candid. 

Manokalo candid tidak terancang pulak yang biaso dilakukan dalam street photography. Subjek pulak adolah orang yang kito tak konal dan kito akan sentiaso bersedio untuk merakam apa sahajo aksi yang menarik. Gear yang biaso kito guno pulak dalam merakam gambar candid nie ialah lens telefoto seperti 70-200mm, 300mm dan sebagainya. Den buleh cakap an ngambik gambar haiwan seperti burung pun buleh dikategori an sebagai candid gak pasal kito tak mintak burung tu posing angkek kaki ko, angkek kopak ko kan heheh..apo pun yang ponting gambar candid yang kito amik tu jangan pulak gambar yang buleh memalukan subjek tu sendiri. Paham tak...

Antaro tips yang buleh korang amik kiro semaso nak outing candid photography nie adolah soporti di bawah:

1. Bawak gear yang botul selain tripod. Cukup sekadar bawak 1 lens sahaja
2. Tak perlu bawak flash. Kang tokojut pulak subjek :)
3. Cari kedudukan yang sesuai agar kito dapek mem"komposisi" subjek dongan baik
4. Mato kono cokap memerhati an aksi-aksi yang menarik
5. Cubo dapek an eye contact dongan subjek walaupun namo eh candid
6. Pasti an ekau dah setting kamera mengikut scene. Kalau nak copek buleh guno "S" atau "Tv"
( Shutter Priority)
7. Cer masuk an elemen pencahayaan. Pilih la maso yang sesuai. Jangan lak ekau topacak kek topi jalan totongah ari torik. Kang gambar x dapek ekau yang rontung :)
8. Den galak an jugak kalau ekau guno continuous shot. Ini untuk menjamin kito dapek moment yang dikehendaki.

Itu lah beberapo tips yang den ingat. kalau ado laie nanti den tambah yo. Cer tengok gambar di bawah nie dan cubo ekau agak mano gambar candid terancang mano yang tak, kalau rajin la :)











No comments:

Post a Comment