Pages

Thursday 29 August 2013

LOPEH HUJAN

Nampak eh sojak boboghapo ari nie cuaco kojap paneh kojap mondung lopeh tu tetibo ujan yo tak.. bagi yang suko parking keto lopeh tu turun an tingkap memang mengolupur bokoja ko keto bilo ujan tetibo kan..sama la den heheh. Ok, di sini den bagitau maso-maso yang terbaik untuk kito amik gambar ialah maso pagi antaro lopeh subuh sampai jam delapan atau sembilan. Pastu lak potang solopeh pukul 5.30 kalau cuaco corah. Kendian lopeh ujan atau waktu cuaco mondung. Apo yang den nak koba an adolah suhu mempengaruhi sesebuah gambar di mano suhu yang lebih sojuk akan lobih memudahkan kito mengawal ambient light dan dedahan. Tu sobab eh kalau kek luar nogori yang sojuk kito amik gambar pakai auto pun gambar tu sodap yo mato momandang kan. Ok tu tips tuk potang-potang nie. Kalau ado pandangan/cadangan/pertanyaan silo ko bahagian komen di bawah yo :)
Gambar-gambar di bawah nie den shoot maso lopeh ujan..gobeh-gobeh maso tu tapi balun jo la..

NIKON D300 | 1/250s | f5.6 | ISO200
NIKON D300 | 1/250s | f5.6 | ISO200
NIKON D300 | 1/250s | f4.5 | ISO200
NIKON D300 | 1/250s | f4.5 | ISO200

Wednesday 28 August 2013

LAWAK PART II

Kokadang dalam belajar nie perlu ado unsur humor baru la kito copek paham akan bondo-bondo yang kito pelajari. Dalam apo ilmu baik, unsur humor dapek menarik minat orang yang maleh nak belajar jadi suko dan bersomangat..kan kan :)


SOALAN: Bang, kalau nak shoot sport mcm game bola tu apa gear yg sesuai?
JAWAPAN: Biasanya utk aktiviti seperti tu, ramai photographer
akan guna telefoto lens spt 300mm, 400mm bagi merakam aksi
secara lebih baik. Selain tu mereka juga guna full frame DSLR
untuk kawalan noise lebih baik krn penggunaan flash tidak dibenarkan.
SOALAN: Bang penah ke shoot game bola?
JAWAPAN: Penah, masa tu game N9 lawan Barcalona kt stadium Paroi
SOALAN: KALAU NAK TIPU PUN AGAK2 LA BANG...
JAWAPAN: HAHAHAHA...


SOALAN: Bang, nape dlm gbr yg sy amik ade mcm titis2 air cmtu?
JAWAPAN: mungkin disebabkan ada kekotoran pada lens, atau cermin dalm body. Dapatkan servis profesional mengikut jenama kamera anda. kalau pakai nikon, pegilah ke nikon centre.
SOALAN: Sy dah bawak pegi dah tapi sama gak. hari tu lagi teruk. muka model sy hampir x nmpk sebab byk titis2 tu.
JAWAPAN: Apa keadaan cuaca ms tu?
SOALAN: hujan renyai2...
JAWAPAN: MEMANG GAMPANG....


SOALAN: Bang, apa maksud prime lens?
JAWAPAN: Prime Lens  merujuk kepada lens yang mempunyai 1 jarak fokul spt 50mm,85mm atau 200mm. Prime lens spt ini mempunyai f maksimum sehingga 1.2 dan mahal. Penggunaan prime lens dpt memberikan kita kualiti gbr yang sgt hebat baik drp aspek "Bokeh", warna & ketajaman gbr.
SOALAN:ooo..adakah prime lens ni mcm optimus prime tu bang, berasal dr luar planet bumi?
JAWAPAN: HANGGUK KAU...

SOALAN: Bang, susah gak nak amik gbr bunga ye bang
JAWAPAN: Tak la sesusah mana. Anda boleh guna lens makro atau kit lens.Cthnya, kl anda guna
kit lens, zoom maksimum dan kompos  gbr dgn teknik RO3.pastikan jarak sesuai
utk kamera fokus subjek tu. Kl dgn lens makro lebih mudah & anda akan dpt
lebih DOF dengan penggunaan aperture maksimum
SOALAN: Tak boleh gak la bang
JAWAPAN: Anda amik gbr bunga apa?
SOALAN: Bunga tayar motor ese nie bang
JAWAPAN: DEN TUSUK BUAH PINGGANG TU KANG BEGHAYO KEK SPITAL WAD LARANGAN KANG NAK!!
SOALAN: POSO BANG, SABAR HAHAHAH 
SOALAN: Bang, mcm mn nak guna external flash tu eh?
JAWAPAN: Ada bbrapa teknik yang ditawarkan oleh external flash spt TTL, A, atau manual. Penggunaan manual dapat menjimatkan bateri. Kita pasangkan external flash tu pada hot shoe kamera, pastikan kita lock sebelum guna. Matikan kamera sebelum pasang dan onkan external flash dahulu sebelum on kan kamera.
SOALAN: Semua kamera ade ke "kasut panas" tu bang?
JAWAPAN: Ada kat bahagian atas kamera betul2 di atas internal flash.
SOALAN: Takde la bang..
JAWAPAN: Anda guna kamera apa?
SOALAN: KAMERA HANDPHONE
JAWAPAN: JIBAUK PUNYO BUDAK...
SOALAN: maap bang, nak ty abg pakai kamera pe tu?
JAWAPAN: yang ni D300
SOALAN: Waa, ok ke kamera tu bang
JAWAPAN: Bg sy mmg ok la sebab sy suke sharpness yang dihasilkan. Selain tu ia mudah dikendalikan dan value for money la
SOALAN: Ooo, bagus ruper nya eh bang kamera nie

JAWAPAN: Bagi sy kamera mmg cukup baik, Bro nak beli kamera ke?
SOALAN: Tak bang, sy nak mintak tolong alih kete abg sebab sy nak kua parking
JAWAPAN: GAMPANG
SOALAN: Salam saudara,Bagaimanakah kita hendak memilih genre yang sesuai dalam bidang fotografi ini ?
JAWAPAN: Segalanya bergantung kepada minat kita. Kita boleh "explore" pelbagai genre yang popular seperti makro,candid, portraiture,people interest dan sebagainya. Kemudian tanya lah diri anda apa yang anda benar2 minat.
SOALAN: Sesuai dgn kemahiran dan kebolehan saudara dalam berkarya, bolehkah sy menyertai outing saudara?
JAWAPAN: Terima kasih. Sudah pasti. saudara guna kamera apa?
SOALAN: Sy belum beli kamera lagi
JAWAPAN: PPUUIII!!!
 
 
 

TECHNICAL EXPERTS

Apo macam eh hari nie..Banyak poie umah terbuko ko..Dibawah nie den kongsi an beberapo gambar yang den amik kek internet tontang aspek teknikal dalam fotografi. Memulo den tak paham gak membaco eh sobab dio guno English tahap rondah, English den lak tahap tinggi hahaha..tak paham tak po doh..baco banyak kali nanti lelamo paham la tu :)










LAWAK

- LAWAK FOTOGRAFI -
Di bawah nie ha den kumpulkan lawak-lawak fotografi yang den post kek facebook Azam Fotografik. Konsep pembelajaran fotografik secara lawak nie den bawak an supayo kito lobih mudah momahami konsep, teknik dan hal-hal berkaitan fotografi untuk rujukan sesapo yang ghaso nak bolajar. Solamat membaco dan somugo mondapek info yang bermanfaat :)

SOALAN:Bang, perlu ke setiap gambar kena edit?
JAWAPAN:Kebiasaannyalah. biasanya kita lakukan minima editing seperti sharperning,reduce noise,cropping dan menaikkan warna pada gambar kita.
SOALAN:Abang edit kat mana gambar-gambar abg tu?
JAWAPAN:Photoshop
SOALAN:Kat mana kedai photo tu bang?
JAWAPAN:APO PASAL LA KO WUJUD DALAM IDUP AKU...


SOALAN:Bang, berapa cas kalau nak shoot model eh bang?
JAWAPAN: Biasanya antara RM150-RM250. Tapi bergantung juga kepada
pengalaman model tersebut. Kalau Pro mmg lagi mahal la.
SOALAN: OO ikut pengalaman ye bang, kalau amatur murah la ye
JAWAPAN: Yup betul.Nak shoot model tuk apa tu?
SOALAN: Tak bang, ade org offer sy jd model.Ssh jd org hensem nie
JAWAPAN: PUUIIII!!!!
SOALAN: HEHEHEH


SOALAN: Bang, kalau kamera terkena air tu bahaya x bang?
JAWAPAN:Seelok2nya pastikan kamera tu kering. jgn simpan di tempat lembap kerana ditakuti
terjadi fungus. kamera sama spt alat elektronik lain. kl boleh beli la kabinet khas yang
boleh dikawal suhu bagi memastikan kamera kita terjaga dgn baik.
SOALAN: Mcm mn pulak ngn kamera HP yang semakin tggi MP dia skrg bang?
JAWAPAN: Wp kamera HP telah mengalami pelbagai evolusi dan dpt merakam gbr dgn lebih
baik berbanding kamera HP dahulu namun keupayaannya ttp terbatas berbanding kamera digital
dan DSLR.
SOALAN: abes apsal abg bg hp abg masuk dlm air kolam lak bang?
JAWAPAN: EKAU JGN NAK NAIK AN DARAH DEN POPAGI NIE..DEN TUSUK BUAH PINGGANG TU KANGG!!
SOALAN: HAHAHAHAH


SOALAN: Bang, mcm mano nak shoot PEPATUNG nie bang?
JAWAPAN: Kita gunakan lens makro, contohnya sy guna 105mm f2.8 macro. Dengan itu kita dapat merakam pepatung tue lebih dekat & dapat detail sekali.
SOALAN: ooo..kalau cmtu lens makro tu boleh la rakam PEPATAH kan bang
JAWAPAN: DEN PATAHKAN SIKU KAU TU BUEK SUP BUKO POSO KANG NAK!!!
SOALAN: HAHAHAHA..


SOALAN: Bang, apa ND Filter tu bang?
JAWAPAN: ND filter atau Neutral Density/Penuras filter yang digunakan utk mengawal
cahaya bagi kaedah penggunaan slow shutter. Caranya kita pasang ND Filter pada hadapan
lens dan set aperture pada maksima dan rendahkn nilai shutter pada kadar 30 saat (sebagai contoh).
Kaedah ini byk diguna oleh mereka yg suka shoot landscape, kawasan pantai pada waktu senja.
Selain itu, kita juga perlu tahu terdapat pelbagai nilai pada ND filter spt +4, +6, +10 dsb.
SOALAN: ooo maksudnya ND filter nie langsung xde kene mengena ngn ND lala ye bang?
JAWAPAN: ABAH KAU!...


SOALAN:Bang, apsal lens sy x bole fokus.sy set manual pun ttp x bole shoot.
Lens rosak ke?
JAWAPAN: pastikan jarak fokus dgn subjek tidak terlalu rapat kerana lens bukan
makro tidak dpt memfokus subjek pada jarak terlalu dekat.sila pastikan juga lens di pasang dgn betul
sehingga bunyi klik semasa anda memasang lens tu.
SOALAN: Dah bang, pastu view finder sy pulak gelap je.Mungkin ada masalah dalam kamera kut?
JAWAPAN: Dah buka penutup lens yg kat depan lens tu?
SOALAN:Ehhh belumm...
JAWAPAN: DEN SUNGKIP TULANG RUSUK KO KANG TAU LAA...


SOALAN: Salam saudara azam, apakah software editing yang terbaik untuk edit gbr?
JAWAPAN: ada bbrpa pilihan yg popular SPT Adobe PS,ACDsee pro, Lightroom & PS Elements. Sy guna Adobe PS
SOALAN: Apa keperluan sistem tuk run PS tu ye?
JAWAPAN: PC atau laptop berkuasa minima Intel i5 dgn kekuatan RAM4GB & 1GB Display card
sy kira cukup selesa tuk run PS. Selain itu HDD 500GB ialah standard utk storage laptop atau
PC skrg nie. Anda guna laptop ke PC?
SOALAN: Sy dua-dua pun xde, lom beli...
JAWAPAN: NAK JO DEN KAKI AN KO NIE...

Tunggu sambungan eh yo...LAWAK PART II

Tuesday 27 August 2013

EBBY & SARAH

- Majlis Perkahwinan Mohd Ebby & Sarah Feneey -
Majlis perkahwinan kedua-dua mempelai ini berlansung di Selangor dan Terengganu dan ia merupakan tugasan paling lama yang pernah saya kendalikan kerana jarak tarikh yang berbeza. Namun pengalaman dan memori indah semasa membuat tugasan ini akan sentiasa terpahat dalam ingatan saya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pasangan mempelai Ebby dan Sarah serta keluarga mereka di atas layanan yang sungguh TIP TOP kepada saya dan krew. Terasa betapa kehadiran kami di majlis mereka bukan setakat bekerja tetapi sama-sama merai dan merasakan keterujaan majlis tersebut.






NATURE II

- BEAUTY AROUND US PART II -
Latihan berterusan dapek meningkatkan kocokapan kito dalam mendapek an komposisi dan sudut yang terbaik gambar kito. Banyak an nengok gambar-gambar orang lain, bolajar daripado gambar orang yang laie mahir sampai la ekau dapek gayo ekau sendiri.  

  Nikon D300 | 1/125s | f3.5 | ISO200
  Nikon D300 | 1/200s | f8 | ISO200
 
  Nikon D300 | 1/400s | f4 | ISO200
 
Nikon D300 | 1/400s | f5 | ISO200
Nikon D300 | 1/640s | f5.6 | ISO200
Nikon D300 | 1/200s | f6.3 | ISO200
Nikon D300 | 1/400s | f4.5 | ISO200
Nikon D300 | 1/200s | f3.3 | ISO200
Nikon D300 | 1/250s | f5.6 | ISO200
Nikon D300 | 1/640s | f3.3 | ISO200
Nikon D300 | 1/400s | f4 | ISO200
Nikon D300 | 1/125s | f3.3 | ISO160
 Nikon D300 | 1/250s | f3.3 | ISO200

NATURE

Kodang kito tolopeh pandang banyak unsur-unsur alam kek sekeliling kito, koliling umah, malah bondo dalam longkang pun mampu memboghikan kito gambar yang memukau. Tambahan lak andai ekau suko bidang fotografi MAKRO. Den mula berminat terhadap unsur-unsur ini dan kebanyakan gambar makro yang den tembak adalah kek sekitar rumah den jo :)

- BEAUTY AROUND US -




 Nikon D300 | 1/125s | f4 | ISO160
 Nikon D300 | 1/250 | f10 | ISO200
 Nikon D300 | 1/40s | f5.6 | ISO100
 Nikon D300 | 1/100s | f14 | ISO200
 Nikon D300 | 1/125s | f5.6 | ISO200
 Nikon D300 | 1/250s | f10 | ISO160
Nikon D300 | 1/125s | f5 | ISO125