Pages

Wednesday 28 August 2013

LAWAK

- LAWAK FOTOGRAFI -
Di bawah nie ha den kumpulkan lawak-lawak fotografi yang den post kek facebook Azam Fotografik. Konsep pembelajaran fotografik secara lawak nie den bawak an supayo kito lobih mudah momahami konsep, teknik dan hal-hal berkaitan fotografi untuk rujukan sesapo yang ghaso nak bolajar. Solamat membaco dan somugo mondapek info yang bermanfaat :)

SOALAN:Bang, perlu ke setiap gambar kena edit?
JAWAPAN:Kebiasaannyalah. biasanya kita lakukan minima editing seperti sharperning,reduce noise,cropping dan menaikkan warna pada gambar kita.
SOALAN:Abang edit kat mana gambar-gambar abg tu?
JAWAPAN:Photoshop
SOALAN:Kat mana kedai photo tu bang?
JAWAPAN:APO PASAL LA KO WUJUD DALAM IDUP AKU...


SOALAN:Bang, berapa cas kalau nak shoot model eh bang?
JAWAPAN: Biasanya antara RM150-RM250. Tapi bergantung juga kepada
pengalaman model tersebut. Kalau Pro mmg lagi mahal la.
SOALAN: OO ikut pengalaman ye bang, kalau amatur murah la ye
JAWAPAN: Yup betul.Nak shoot model tuk apa tu?
SOALAN: Tak bang, ade org offer sy jd model.Ssh jd org hensem nie
JAWAPAN: PUUIIII!!!!
SOALAN: HEHEHEH


SOALAN: Bang, kalau kamera terkena air tu bahaya x bang?
JAWAPAN:Seelok2nya pastikan kamera tu kering. jgn simpan di tempat lembap kerana ditakuti
terjadi fungus. kamera sama spt alat elektronik lain. kl boleh beli la kabinet khas yang
boleh dikawal suhu bagi memastikan kamera kita terjaga dgn baik.
SOALAN: Mcm mn pulak ngn kamera HP yang semakin tggi MP dia skrg bang?
JAWAPAN: Wp kamera HP telah mengalami pelbagai evolusi dan dpt merakam gbr dgn lebih
baik berbanding kamera HP dahulu namun keupayaannya ttp terbatas berbanding kamera digital
dan DSLR.
SOALAN: abes apsal abg bg hp abg masuk dlm air kolam lak bang?
JAWAPAN: EKAU JGN NAK NAIK AN DARAH DEN POPAGI NIE..DEN TUSUK BUAH PINGGANG TU KANGG!!
SOALAN: HAHAHAHAH


SOALAN: Bang, mcm mano nak shoot PEPATUNG nie bang?
JAWAPAN: Kita gunakan lens makro, contohnya sy guna 105mm f2.8 macro. Dengan itu kita dapat merakam pepatung tue lebih dekat & dapat detail sekali.
SOALAN: ooo..kalau cmtu lens makro tu boleh la rakam PEPATAH kan bang
JAWAPAN: DEN PATAHKAN SIKU KAU TU BUEK SUP BUKO POSO KANG NAK!!!
SOALAN: HAHAHAHA..


SOALAN: Bang, apa ND Filter tu bang?
JAWAPAN: ND filter atau Neutral Density/Penuras filter yang digunakan utk mengawal
cahaya bagi kaedah penggunaan slow shutter. Caranya kita pasang ND Filter pada hadapan
lens dan set aperture pada maksima dan rendahkn nilai shutter pada kadar 30 saat (sebagai contoh).
Kaedah ini byk diguna oleh mereka yg suka shoot landscape, kawasan pantai pada waktu senja.
Selain itu, kita juga perlu tahu terdapat pelbagai nilai pada ND filter spt +4, +6, +10 dsb.
SOALAN: ooo maksudnya ND filter nie langsung xde kene mengena ngn ND lala ye bang?
JAWAPAN: ABAH KAU!...


SOALAN:Bang, apsal lens sy x bole fokus.sy set manual pun ttp x bole shoot.
Lens rosak ke?
JAWAPAN: pastikan jarak fokus dgn subjek tidak terlalu rapat kerana lens bukan
makro tidak dpt memfokus subjek pada jarak terlalu dekat.sila pastikan juga lens di pasang dgn betul
sehingga bunyi klik semasa anda memasang lens tu.
SOALAN: Dah bang, pastu view finder sy pulak gelap je.Mungkin ada masalah dalam kamera kut?
JAWAPAN: Dah buka penutup lens yg kat depan lens tu?
SOALAN:Ehhh belumm...
JAWAPAN: DEN SUNGKIP TULANG RUSUK KO KANG TAU LAA...


SOALAN: Salam saudara azam, apakah software editing yang terbaik untuk edit gbr?
JAWAPAN: ada bbrpa pilihan yg popular SPT Adobe PS,ACDsee pro, Lightroom & PS Elements. Sy guna Adobe PS
SOALAN: Apa keperluan sistem tuk run PS tu ye?
JAWAPAN: PC atau laptop berkuasa minima Intel i5 dgn kekuatan RAM4GB & 1GB Display card
sy kira cukup selesa tuk run PS. Selain itu HDD 500GB ialah standard utk storage laptop atau
PC skrg nie. Anda guna laptop ke PC?
SOALAN: Sy dua-dua pun xde, lom beli...
JAWAPAN: NAK JO DEN KAKI AN KO NIE...

Tunggu sambungan eh yo...LAWAK PART II

No comments:

Post a Comment