Pages

Friday, 30 December 2016

PROGRAM JELAJAH LADAP 2017

Alhamdulillah, Program Jelajah Ladap yang dilancar pada Julai 2016 mendapat respon yang sangat baik. Jesteru, tahun ni aku teruskan program mudah-mudahan perkongsian sedikit ilmu ini dapat dimanfaat oleh audien.

PROGRAM LATIHAN PERSONEL (LADAP) KINI KEMBALI UNTUK TAHUN 2017 !!!
Tawaran Modul Untuk Tahun 2017
1. Terapi Diri - Mari Jadi Lebih Baik Dari Semalam
(Tajuk Paling Popular untuk tahun 2016 )
2. Pembinaan Pasukan & Pengurusan Organisasi Berkesan
3. Seni Pengucapan Awam
4. Pengurusan Stress

Kaedah Pelaksanaan:
1. Program LADAP dianjurkan oleh pihak sekolah.
2. Pilih modul yang ditawarkan
3. Hubungi saya untuk penetapan tarikh program
SEMUA SESI PERKONGSIAN MODUL ADALAH PERCUMA.
Terima kasih kepada sekolah-sekolah dan organisasi yang telah sudi terlibat dengan program ini sepanjang tahun 2016.
SK Jenjarom
SK Subang Bestari 2
SK Pulau Meranti
SK Kampung Endah
SAM Unwanus Saadah
SK Meru Jalan Tap
SK Bandar Baru Salak Tinggi
SK Telok Panglima Garang
BTPN Selangor
BTPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
SAM Sungai Merab Luar
BTPN Perlis
SK Bandar Baru Rawang
SK Taman Tasik
SMK Sultan Abdul Aziz Shah

Friday, 16 May 2014

SELAMAT MEYAMBUT HARI GURU 2014


Hari ini adik amat riang. Adik bangun lebih awal dari hari biasa walaupun semalam adik tidur lewat.Hari ini adik bersiap lebih awal.Hari ini adik lebih cantik dari hari-hari biasa..baju sekolahnya di gosok dengan kemas oleh ibu malam tadi. Hari ini adik tak sabar nak ke sekolah. Hari ini ada sambutan besar di sekolah.Adik menggengam hadiah yang dibalutnya sendiri malam tadi. Walaupun tak kemas tapi adik puas hati. Itu hasil tangannya sendiri. Adik tak susahkan ayah membeli hadiah. Adik tak susahkan ibu membalut hadiah. Kad ucapan itu adik buat sendiri. walaupun tak cantik tapi adik sangat puas hati. 

Adik beriya-iya minta ayah hantar adik ke sekolah. Tak pernah adik rasa sebegini seronok nak ke sekolah. Sampai di sekolah, adik meluru mencari cikgu kesayangan adik. Adik nak menjadi orang pertama memberi hadiah pada cikgunya. Tapi rupanya dah ramai yang mengerumuni cikgu. Ramai bawa hadiah besar dan cantik. Ada yang bawa bunga, coklat, bungkusan yang cantik. Adik jadi malu. Adik tunggu semua beredar tapi makin lama makin ramai murid lain yang datang bagi hadiah. Ramai yang berlari-lari nak sampai dulu pada cikgu. 

Adik beredar dengan langkah longlai. Adik dengar gelak tawa kawan-kawan dan cikgu. Tiba-tiba adik dilanggar oleh murid-murid yang berlari-lari tu. Adik jatuh. Kepala adik terhantuk pada pasu bunga tepi koridor. Pandangan adik gelap. Adik rasa kepala adik hangat dan basah. Adik pegang kepala. Adik rasa pedih dan adik tidak lagi ingat apa- apa...tidak lama adik tersedar. Adik nampak ramai di sekeliling adik. Adik terbaring di riba cikgu. Kain cikgu terkena darah adik. Cikgu tak kisah. Cikgu tersenyum. Adik tersenyum kembali pada cikgu. Di tangan adik masih menggenggam hadiah.Bungkusannya juga terkena darah adik. Adik hulur hadiah pada cikgu. Adik rasa sangat penat. Cikgu ambil hadiah adik. Cikgu baca kad adik.

SELAMAT HARI GURU, CIKGU.PEN INI UNTUK CIKGU.
Ringkas tapi ikhlas.Adik tersenyum. Adik puas. Adik gembira..Adik sangat penat.. 
Adik kembali melelapkan mata.

TIADA HADIAH YANG LEBIH BERNILAI DARIPADA SEBUAH KEIKHLASAN...
SELAMAT HARI GURU...

- Azam Fotografik -

Tuesday, 6 May 2014

KOMPOSISI

KOMPOSISI
Assalamualaikum W.B.T
Salam hormat sesumo eh. Semugo korang sentiaso sihat dan sojahthoro. Dalam dunia fotografi komposisi merupakan aspek ponting yang dititikberatkan oleh para photographer profesional. Den bawak an beberapo tips yang mungkin boleh diguno an bagi mendapek an komposisi yang terbaik dengan kohondak sesorang photographer. Tips ini den perolehi daripada 


1. Gunakan cahaya, garis, bentuk dan warna bagi menarik perhatian viewer terhadap subjek yang anda tonjolkan

2. Rakam foto anda dengan cara sederhana tanpa banyak unsur-unsur kompleks dan menyukarkan pemahaman viewer.

3. Kurangkan elemen-elemen yang tidak seragam agar gambar anda dapat menumpukan kepada subjek utama.

4. Penuhkan frame dengan subjek anda. Kadang-kadang gambar tanpa latar belakang dapat memberikan impak yang lebih baik terhadap karya anda.

5. Jangan biarkan banyak ruang kosong yang tidak bermakna dalam gambar anda.

6. Jika rakam gambar orang, pastikan tangan atau kaki terpotong kecuali dengan alasan yang kukuh.

7. Gunakan sudut (point of view) dengan lebih kreatif. Eksperimen berterusan dapat membentuk daya kreativiti anda dalam aspek sudut pandang.

8. Gunakan Rules Of Third. Bahagikan frame kepada 9 bahagian dan tempatkan subjek anda pada persimpangan garis (kanan atau kiri).

9. Bila rakam gambar orang, pastikan mata subjek berada pada garis atas Rules Of Third.

10. Bahagian paling terang dalam gambar akan menarik perhatian mata. Jadi posisikan subjek anda pada bahagian itu.

11. Latar belakang yang mudah dan tidak serabut mampu memberi kesan besar dalam gambar anda.

12. Tetapkan rakaman paling sesuai sama ada secara horizontal atau vertikel.

13. Latih mata anda melihat pola yang berulang.

14. Latih mata anda melihat pola simetri.

15. Leading Line dan 'S" curve mampu memberi tarikan dalam gambar.

16. Rakam kanak-kanak - selaraskan mata mereka dengan kamera anda.

17. Elak meletakan subjek utama pada bahagian tengah foto anda.

18. Elak meletakan garis horizon pada bahagian tengah foto. Bahagikan horizon pada kedudukan 1/3 atau 2/3 atas atau bawah.

19. Pastikan garis horizon tidak menggangu subjek utama anda.

20. Sentiasa semak dan semak komposisi anda sebelum menekan shutter. Sayangi shutter anda. Pastikan segalanya sempurna sebelum anda menekan shutter.

Jadi eh, itulah tips yang den ghaso baik jugak untuk kito praktikkan. Sekiranya korang rajin, poie la masuk laman web yang den bagi link kek ateh tadi dan korang boleh dapek an maklumat lobih lanjut.

Salam fotografi..solamat memotret.. :)  

Monday, 5 May 2014

NATIONAL GEOGRAPHIC BEST PHOTO 2013

NATIONAL GEOGRAPHIC BEST PHOTO 2013
Okay sumo2 eh.. den nak koba an, salah satu web site yang perlu korang selalu kunjungi untuk mendapek an inpirasi dalam berkarya ialah laman national geographic. Pertubuhan ini memang tolah dikenali di seluruh dunia dalam bidang fotografi dan videografi. Den bawak an beberapo keping gambar yang diiktiraf sebagai best photo 2013 oleh National Geographic..

Location: Rio Negro, Ponta Negra Beach, Manaus, Amazon, Brazil
Location: Utah
Location: Masai Mara national park, Kenya
Location: Bagan, Myanmar
Location: Okefenokee Swamp, Georgia, USA
Location: Mager√łya, Norway
Location: Seiunji-temple,Arakawa,Saitama,Japan
Location: Democratic Republic of the Congo
Merit Winner: Piano Play at Sunset
Photo and caption by Nikola Smernic
Location: Queenstown, New Zealand
Semua gambar-gambar di atas boleh di lihat di 

LAWAK PART III

LAWAK PART III


Assalammualaikum W.B.T
Apo macam eh sumo..dah makin hebat nampak eh ngmbik gamba..mcm tu lah kok dek eh kan..semokin ari somakin pandai..kalau somakin hari somakin bongka (bangang), elok la di baeh an (dicampakkan) kamera tu..poie tanam bungo lain baguih...hehehe..

Memulo den mintak maap la kuk dah lamo bona bososawang blog nie ha..bukan apo, sibuk ngahlah an ghajo (raja).. dah bulan limo taun 2014 baru la dapek den nulih balik kek sinia..apo pun kalau korang polow fb den mmg sentiaso ado la bondo2 baru pun..so ( ecehhh..omputihhh!!!) post pertamo taun 2014 nie bia den lungguk an lawak2 terbaru dalam fb den tu yo..Insyaallah den cubo la ngepost serajin mungkin dongan tips2 fotografi semugo korang yang baru bojinak-jinak dalam dunio fotografi nie dapek berkombang..bukan mengombang...hahahha..BORN APPETITE!!! heheh...


SOALAN: bang, apsal saya amik gbr jadi lonjong?
JAWAPAN: adakah anda amik gbr gunakan wide lens? Kalau guna wide lens jgn terlalu hampir dgn subjek kerana akan berlaku dostortion. Jadi mungkin itu maksud anda "lonjong" tu.
SOALAN: Tapi sy amik gbr terung panjang nie guna lwns biasa je bang
JAWAPAN: DAH TORONG MMG LA NMPK LONJONG. DEN SUNGKIP BUAH PINGGANG TU KANGG!!!
SOALAN: OOO..HAHAHA JGN MARAH BANGGG...



SOALAN: biaso eh abg edit gbr guno software apo bang?
JAWAPAN: saya guna PS. Ramai juga yg guna Lightroom skrg nie sebab lebih mudah dan hasilnya yg terbaik.
SOALAN: ese guno darkroom bang.
JAWAPAN: eh x ponah dongar pulak software tu. Bagus ke?
SOALAN: x bagus sgt la bang. lagi pun kito boleh guno darkroom nie bilo umah xdo lektrik yo.
JAWAPAN: GAMPANG..EKAU JGN MARAH KALAU KANG DEN TIKAM ABDOMEN BAWAH KAU TU YO...
SOALAN: KEH3

SOALAN: bang, mcm mana nak kira maksimum shrapness lens?
JAWAPAN: secara mudahnya kita darabkan je max aperture lens dgn 2. Contohnya f1.4 x 2 = f2.8, bermaksud kita boleh dapat max shrapness lens trsebut pada f2.8. Kalau kit lensnya biasanya kita boleh dpt sharpness max pada f8-f11. Namun ia ttp bergantung pada shutter speed dan tripod sebab kalau kamera shaking ms shoot x dpat max sharp jugak la.
SOALAN: ok kalau kamera shaking dia akan jadi milk shake x bang?
JAWAPAN: BOLEH, DONGAN MENGSHAKE AN KEPALO EKAU SEKALI SELAMO 3 ARI BERTURUT3..GAMPANG...
SOALAN: HAHAHAHA...


SOALAN: bang, cmno nak dapek an gambar haluih-haluih camni ha bang?
JAWAPAN: ado banyak caro, paling top kito guno lens makro. Ado tulih macro kek lens tu. Cari la yang macro 1:1 tuk dapek an jarak paling rapat dan maksimum dongan subjek.
SOALAN: ese dah cubo ngn lens makro dah tapi tak dapek yo ngambik gambar makro tu la bang.
JAWAPAN: ekau shoot gambar makro apo?
SOALAN: GAMBAR KUMAN BANG..
JAWAPAN: DEN KUNYAH KEPALO LUTUT TU KANG, KAU TAU LA!!!..



SOALAN: bang, apa fungsi exposure compensation tu bang?
JAWAPAN: exposure compensation atau EV di ukur dari +5 hingga -5. secara umum EV berkait rapat dengan exposure/dedahan di mana + bermaksud kita manambah exposure kepada stop2 yang berbeza. Negatif pulak kita bermakna kita mengurangkan dedahan..anda boleh cuba menggunakan EV untuk melihat kesan dedahan yang terhasil. Pada kamera anda butang EV ialah butang yang ada tanda +- tu.
SOALAN: Takde la bang kat kamera saya nie
JAWAPAN: anda guna kamera Nikon or Canon?
SOALAN: KAMERA HANDPHONE
JAWAPAN: PHUIIII..GHASO NAK DEN TAMPA RUSUK KAU NIE SAMPAI BONGKAK...


SOALAN: Bang, kalau beli buku-buku fotografi tu dapat ke membantu utk menambah pengetahuan fotografi sebab abg cakap mesti berguru?
JAWAPAN: Sememangnya berguru adalah pilihan terbaik utk meningkatkan pengetahuan dalam fotografi. Buku atau majalah fotografi merupakan bahan utama untuk kita mendapatkan maklumat terkini berkaitan teknologi, tips dan panduan yang mungkin kita tidak dapat semasa berkursus.
SOALAN: abg ada buat buku ke? mcm mn nak dptkan buku abg eh?
JAWAPAN: ada, buku matematik UPSR. boleh dapatkan di kedai2 buku popular
SOALAN: Boleh seyes sket tak bang
jawapan: HAHAHAHAHAH


SOALAN: bang, apa maksud DIY tu bang?
JAWAPAN: DIY bermaksud Do It Yourself. Istilah ini biasa di guna oleh photographer makro di mana mereka biasa membuat diffuser sendiri menggunakan foam atau polisterin. Apa jua alatan yang dibina sendiri tanpa perlu membeli alatan diistilahkan sebagai DIY.
SOALAN: ooo..abes tu yang ade kedai DIY tu bang.
JAWAPAN: ITU KODAI HARDWARE..NAMO KODAI TU DIY..HAALAAAA....
SOALAN: oooo..hehehhe...jom bang sayo belanjo banjo...


SOALAN: bang, buleh x shoot makro ngn kit lens?
JAWAPAN: buleh. zoom lens pada kadar maksimum, contoh 18-105, zoom pada 105 dan anda dpt f5.6...dapatkan jarak fokal sesuai agar dapat mengunci fokus. gunakan tripod utk lebih ketajaman gbr. shoot dalam format RAW.
SOALAN: oo..apo bezo kit lens dgn medical kit haa bang, cer jawab?
JAWAPAN: MEDICAL KIT TU DIGUNO AN BILO DEN DAH HOMPOK AN PALO KAU NGAN KIT LENS TU SAMPAI BODARAH..POPAGI DAH NAIK AN DARAH DEN!!!
SOALAN: KEH3..MOH BANG DEN BELANJO ROTI CANAI...

SOALAN: Bang, saya shoot orang selalu x jadi la bang..boleh bagi tips yang baik x bang?
JAWAPAN: Shoot orang sama ada portraiture atau group photo perlukan gabungan komposisi, sudut,pencahayaan yang tepat. Kebiasaannya lokasi menjadi agenda utama. Selain itu, ia juga merupakan proses fotografi terancang di mana kita boleh merencanakan proses photo shoot agar mendapat hasil yang terbaik. Kerjasama antara subjek dan photographer penting agar masing-masing faham peranan yang harus dimainkan.
SOALAN: Masalah eh bang ese nak ngambik gambar orang utan..mano nak dapek an kojosamo dio bang..
SOALAN: APO PASAL KAU X CAKAP TADI!!!...DEN SUNGKIP BUAH PINGGANG TU KANGGG!!!...POPAGI DAH BUEK DEN HANGIN...
SOALAN: HAHAHAHA....SABAR BANG...MOH KITO POKONO ROTI CANAI BANG...ESE BELANJO... 


SOALAN: Bang, apo ciri-birit sebagai seorang photographer yang baik?..cer cite
JAWAPAN: Photographer ciri-birit tu kau..dulu sekolah mano nie..BONGAP TAK AGAK-AGAK...
SOALAN: ALA BANG JGN MARE..SILAP TAIP JOOO..HEHEHEH


SOALAN: Bang, boleh bagi tips untuk shoot outdoor x?
JAWAPAN: Untuk shoot outdoor, memula sekali kita kene berada di luar sebab kalau kita berada di dalam kita hanya dapat shoot indoor...
SOALAN: Bang, boleh seyes sikit x, saya tanya betul2 nie...
JAWAPAN: HAHAHAHAHAH....

Tu ladeh buek kali nie yo..untuk pengetahuan korang, lawak2 nie adolah ciptaan den sendiri hasil gubahan daripado pertanyaan2 pasal fotografi daripada orang2 yang bertanyo kek den.. ado jugak yang den cipto sendiri pertanyaan tu...harapan eh agar konsep belajar sambil berlawak nie dapek memudah an sesapo yang baco tu paham..kalau