Pages

Friday 13 December 2013

MINOR EDITING DALAM PS

MINOR EDITING DALAM PS




Salam Jumaat, penghulu segalo hari..Apo macam eh rini?..Oklah, dalam post kali nie den cito an sikit pasal Minor Editing dalam PS. Kito tak perlu la master sangat PS kalau maleh nak belajar semuo teknik dalam PS nie..Dongan tau beberapo kaedah yang betul korang dapek meningkatkan kualiti gambar yang dirakam. Den cubo cito an seberapo mudah mungkin semugo ekau paham tapi kalau tak paham jugak lantak dek kau la heheheheh...

Sebolum kito mulo, den selalu posan dalam bengkel-bengkel fotografi den bahawo kito mesti merakam gambar setepat mungkin dari aspek teknikal dan kreativiti dan menggunakan software editing secara minor sehaja untuk memantapkan gambar korang tu. Dalam tutorial ringkas nie den merujuk kepado Adobe Photoshop (PS). Pastikan korang klik CTRL J sebelum buek apo2 adjustment pado gambar korang. Tujuan eh kito ado layer gambar yang original kalau lopeh edit tu korang tgk gambar tu tak jadi seperti yang korang nak. Jadi tak payah la kito nak insert gambar semulo.

Ajdustment Level

1. Korang boleh capai tetingkap ini di IMAGE>AJDUSTMENTS>LEVELS.
2. Perhatikan 3 pointer iaitu Black Point Slider, Midtone Slider dan White Point Slider.
3. Cubo korang gerak an slider tu dan lihat perubahan pada gambar korang.
4. Ejas slider ikut kesesuaian dan klik ok kalau pueh hati ngn adjustment yang korang buek tu.

Hue And Saturation

1. Tetingkap ini dicapai melalui IMAGE>ADJUSTMENTS>HUE/SATURATION. 
2. Kalau korang nak ejas sumo kaler pilih Master pada bahagian Edit. Kalau nak ejas kaler tertentu,pilihlah pilihan kaler dalam Edit.
3. Kalau korang pilih Master, den cadangkan saturation slider tu korang tarik tidak melebihi 25 
(utk gambar orang) bagi mengekalkan skin tone dan tidak over colour. Tapi kalau korang nak ekperimen ngan kaler, hantam jo ikut suko..kaler free bukan kono bayar yo tak :)

Croping

1. Kalau diperlukan korang boleh crop gambar korang ikut kesesuaian. 
2. Tekan C tuk dapatkan kawasan croping seperti rajah tu pastu ejas la yo. 
3. Biaso eh den x guno croping tapi den guno Resize. Tekniknya, tekan T tuk aktifkan tool, tekan SHIFT pada keybord (jgn lepas) bagi mengekalkan aspect ratio (khususnya gambar orang) dan tarik pepenjuru atas atau bawah. Selepas tu baru guno crop untuk buang bahagian luar layer yang tidak digunokan.

Sharperning

1. Ok, korang buleh capai tetingkap ini di FILTER>SHARPEN>SMART SHARPEN.
2. Asasnya, amount tu korang letak paling maksimum 100.
3. Radius tu pulak, paling maksimum lotak 2.0.
4. Bagi tujuan ekperimen, hontam la bapo korang nak bubuh. 

Watermark

1. Perlotakan Watermark bertujuan mengelakan gambar kito diguno oleh orang lain tanpo kebenaran.
2. Bubuh lah ikut kesesuaian dan guno namo yang sesuai.
3. Korang guno Text Tool dalam PS untuk buek watermark nie yo.

Jadi, itu la minor editing yang selalu den guno pada gambar-gambar den. Harap eh korang dapek sedikit sebanyak ilmu dan info yang den bagi nie yo. Kalau ado apo-apo nak tanyo, silo kan dan den cubo la bantu nanti. Gambar di bawah nie menggunokan teknik yang den koba kan kek ateh tadi.


Timo kasih 

No comments:

Post a Comment