Pages

Tuesday 6 May 2014

KOMPOSISI

KOMPOSISI
Assalamualaikum W.B.T
Salam hormat sesumo eh. Semugo korang sentiaso sihat dan sojahthoro. Dalam dunia fotografi komposisi merupakan aspek ponting yang dititikberatkan oleh para photographer profesional. Den bawak an beberapo tips yang mungkin boleh diguno an bagi mendapek an komposisi yang terbaik dengan kohondak sesorang photographer. Tips ini den perolehi daripada 


1. Gunakan cahaya, garis, bentuk dan warna bagi menarik perhatian viewer terhadap subjek yang anda tonjolkan

2. Rakam foto anda dengan cara sederhana tanpa banyak unsur-unsur kompleks dan menyukarkan pemahaman viewer.

3. Kurangkan elemen-elemen yang tidak seragam agar gambar anda dapat menumpukan kepada subjek utama.

4. Penuhkan frame dengan subjek anda. Kadang-kadang gambar tanpa latar belakang dapat memberikan impak yang lebih baik terhadap karya anda.

5. Jangan biarkan banyak ruang kosong yang tidak bermakna dalam gambar anda.

6. Jika rakam gambar orang, pastikan tangan atau kaki terpotong kecuali dengan alasan yang kukuh.

7. Gunakan sudut (point of view) dengan lebih kreatif. Eksperimen berterusan dapat membentuk daya kreativiti anda dalam aspek sudut pandang.

8. Gunakan Rules Of Third. Bahagikan frame kepada 9 bahagian dan tempatkan subjek anda pada persimpangan garis (kanan atau kiri).

9. Bila rakam gambar orang, pastikan mata subjek berada pada garis atas Rules Of Third.

10. Bahagian paling terang dalam gambar akan menarik perhatian mata. Jadi posisikan subjek anda pada bahagian itu.

11. Latar belakang yang mudah dan tidak serabut mampu memberi kesan besar dalam gambar anda.

12. Tetapkan rakaman paling sesuai sama ada secara horizontal atau vertikel.

13. Latih mata anda melihat pola yang berulang.

14. Latih mata anda melihat pola simetri.

15. Leading Line dan 'S" curve mampu memberi tarikan dalam gambar.

16. Rakam kanak-kanak - selaraskan mata mereka dengan kamera anda.

17. Elak meletakan subjek utama pada bahagian tengah foto anda.

18. Elak meletakan garis horizon pada bahagian tengah foto. Bahagikan horizon pada kedudukan 1/3 atau 2/3 atas atau bawah.

19. Pastikan garis horizon tidak menggangu subjek utama anda.

20. Sentiasa semak dan semak komposisi anda sebelum menekan shutter. Sayangi shutter anda. Pastikan segalanya sempurna sebelum anda menekan shutter.

Jadi eh, itulah tips yang den ghaso baik jugak untuk kito praktikkan. Sekiranya korang rajin, poie la masuk laman web yang den bagi link kek ateh tadi dan korang boleh dapek an maklumat lobih lanjut.

Salam fotografi..solamat memotret.. :)  

No comments:

Post a Comment