Pages

Friday, 16 May 2014

SELAMAT MEYAMBUT HARI GURU 2014


Hari ini adik amat riang. Adik bangun lebih awal dari hari biasa walaupun semalam adik tidur lewat.Hari ini adik bersiap lebih awal.Hari ini adik lebih cantik dari hari-hari biasa..baju sekolahnya di gosok dengan kemas oleh ibu malam tadi. Hari ini adik tak sabar nak ke sekolah. Hari ini ada sambutan besar di sekolah.Adik menggengam hadiah yang dibalutnya sendiri malam tadi. Walaupun tak kemas tapi adik puas hati. Itu hasil tangannya sendiri. Adik tak susahkan ayah membeli hadiah. Adik tak susahkan ibu membalut hadiah. Kad ucapan itu adik buat sendiri. walaupun tak cantik tapi adik sangat puas hati. 

Adik beriya-iya minta ayah hantar adik ke sekolah. Tak pernah adik rasa sebegini seronok nak ke sekolah. Sampai di sekolah, adik meluru mencari cikgu kesayangan adik. Adik nak menjadi orang pertama memberi hadiah pada cikgunya. Tapi rupanya dah ramai yang mengerumuni cikgu. Ramai bawa hadiah besar dan cantik. Ada yang bawa bunga, coklat, bungkusan yang cantik. Adik jadi malu. Adik tunggu semua beredar tapi makin lama makin ramai murid lain yang datang bagi hadiah. Ramai yang berlari-lari nak sampai dulu pada cikgu. 

Adik beredar dengan langkah longlai. Adik dengar gelak tawa kawan-kawan dan cikgu. Tiba-tiba adik dilanggar oleh murid-murid yang berlari-lari tu. Adik jatuh. Kepala adik terhantuk pada pasu bunga tepi koridor. Pandangan adik gelap. Adik rasa kepala adik hangat dan basah. Adik pegang kepala. Adik rasa pedih dan adik tidak lagi ingat apa- apa...tidak lama adik tersedar. Adik nampak ramai di sekeliling adik. Adik terbaring di riba cikgu. Kain cikgu terkena darah adik. Cikgu tak kisah. Cikgu tersenyum. Adik tersenyum kembali pada cikgu. Di tangan adik masih menggenggam hadiah.Bungkusannya juga terkena darah adik. Adik hulur hadiah pada cikgu. Adik rasa sangat penat. Cikgu ambil hadiah adik. Cikgu baca kad adik.

SELAMAT HARI GURU, CIKGU.PEN INI UNTUK CIKGU.
Ringkas tapi ikhlas.Adik tersenyum. Adik puas. Adik gembira..Adik sangat penat.. 
Adik kembali melelapkan mata.

TIADA HADIAH YANG LEBIH BERNILAI DARIPADA SEBUAH KEIKHLASAN...
SELAMAT HARI GURU...

- Azam Fotografik -