Pages

Monday, 5 May 2014

LAWAK PART III

LAWAK PART III


Assalammualaikum W.B.T
Apo macam eh sumo..dah makin hebat nampak eh ngmbik gamba..mcm tu lah kok dek eh kan..semokin ari somakin pandai..kalau somakin hari somakin bongka (bangang), elok la di baeh an (dicampakkan) kamera tu..poie tanam bungo lain baguih...hehehe..

Memulo den mintak maap la kuk dah lamo bona bososawang blog nie ha..bukan apo, sibuk ngahlah an ghajo (raja).. dah bulan limo taun 2014 baru la dapek den nulih balik kek sinia..apo pun kalau korang polow fb den mmg sentiaso ado la bondo2 baru pun..so ( ecehhh..omputihhh!!!) post pertamo taun 2014 nie bia den lungguk an lawak2 terbaru dalam fb den tu yo..Insyaallah den cubo la ngepost serajin mungkin dongan tips2 fotografi semugo korang yang baru bojinak-jinak dalam dunio fotografi nie dapek berkombang..bukan mengombang...hahahha..BORN APPETITE!!! heheh...


SOALAN: bang, apsal saya amik gbr jadi lonjong?
JAWAPAN: adakah anda amik gbr gunakan wide lens? Kalau guna wide lens jgn terlalu hampir dgn subjek kerana akan berlaku dostortion. Jadi mungkin itu maksud anda "lonjong" tu.
SOALAN: Tapi sy amik gbr terung panjang nie guna lwns biasa je bang
JAWAPAN: DAH TORONG MMG LA NMPK LONJONG. DEN SUNGKIP BUAH PINGGANG TU KANGG!!!
SOALAN: OOO..HAHAHA JGN MARAH BANGGG...



SOALAN: biaso eh abg edit gbr guno software apo bang?
JAWAPAN: saya guna PS. Ramai juga yg guna Lightroom skrg nie sebab lebih mudah dan hasilnya yg terbaik.
SOALAN: ese guno darkroom bang.
JAWAPAN: eh x ponah dongar pulak software tu. Bagus ke?
SOALAN: x bagus sgt la bang. lagi pun kito boleh guno darkroom nie bilo umah xdo lektrik yo.
JAWAPAN: GAMPANG..EKAU JGN MARAH KALAU KANG DEN TIKAM ABDOMEN BAWAH KAU TU YO...
SOALAN: KEH3

SOALAN: bang, mcm mana nak kira maksimum shrapness lens?
JAWAPAN: secara mudahnya kita darabkan je max aperture lens dgn 2. Contohnya f1.4 x 2 = f2.8, bermaksud kita boleh dapat max shrapness lens trsebut pada f2.8. Kalau kit lensnya biasanya kita boleh dpt sharpness max pada f8-f11. Namun ia ttp bergantung pada shutter speed dan tripod sebab kalau kamera shaking ms shoot x dpat max sharp jugak la.
SOALAN: ok kalau kamera shaking dia akan jadi milk shake x bang?
JAWAPAN: BOLEH, DONGAN MENGSHAKE AN KEPALO EKAU SEKALI SELAMO 3 ARI BERTURUT3..GAMPANG...
SOALAN: HAHAHAHA...


SOALAN: bang, cmno nak dapek an gambar haluih-haluih camni ha bang?
JAWAPAN: ado banyak caro, paling top kito guno lens makro. Ado tulih macro kek lens tu. Cari la yang macro 1:1 tuk dapek an jarak paling rapat dan maksimum dongan subjek.
SOALAN: ese dah cubo ngn lens makro dah tapi tak dapek yo ngambik gambar makro tu la bang.
JAWAPAN: ekau shoot gambar makro apo?
SOALAN: GAMBAR KUMAN BANG..
JAWAPAN: DEN KUNYAH KEPALO LUTUT TU KANG, KAU TAU LA!!!..



SOALAN: bang, apa fungsi exposure compensation tu bang?
JAWAPAN: exposure compensation atau EV di ukur dari +5 hingga -5. secara umum EV berkait rapat dengan exposure/dedahan di mana + bermaksud kita manambah exposure kepada stop2 yang berbeza. Negatif pulak kita bermakna kita mengurangkan dedahan..anda boleh cuba menggunakan EV untuk melihat kesan dedahan yang terhasil. Pada kamera anda butang EV ialah butang yang ada tanda +- tu.
SOALAN: Takde la bang kat kamera saya nie
JAWAPAN: anda guna kamera Nikon or Canon?
SOALAN: KAMERA HANDPHONE
JAWAPAN: PHUIIII..GHASO NAK DEN TAMPA RUSUK KAU NIE SAMPAI BONGKAK...


SOALAN: Bang, kalau beli buku-buku fotografi tu dapat ke membantu utk menambah pengetahuan fotografi sebab abg cakap mesti berguru?
JAWAPAN: Sememangnya berguru adalah pilihan terbaik utk meningkatkan pengetahuan dalam fotografi. Buku atau majalah fotografi merupakan bahan utama untuk kita mendapatkan maklumat terkini berkaitan teknologi, tips dan panduan yang mungkin kita tidak dapat semasa berkursus.
SOALAN: abg ada buat buku ke? mcm mn nak dptkan buku abg eh?
JAWAPAN: ada, buku matematik UPSR. boleh dapatkan di kedai2 buku popular
SOALAN: Boleh seyes sket tak bang
jawapan: HAHAHAHAHAH


SOALAN: bang, apa maksud DIY tu bang?
JAWAPAN: DIY bermaksud Do It Yourself. Istilah ini biasa di guna oleh photographer makro di mana mereka biasa membuat diffuser sendiri menggunakan foam atau polisterin. Apa jua alatan yang dibina sendiri tanpa perlu membeli alatan diistilahkan sebagai DIY.
SOALAN: ooo..abes tu yang ade kedai DIY tu bang.
JAWAPAN: ITU KODAI HARDWARE..NAMO KODAI TU DIY..HAALAAAA....
SOALAN: oooo..hehehhe...jom bang sayo belanjo banjo...


SOALAN: bang, buleh x shoot makro ngn kit lens?
JAWAPAN: buleh. zoom lens pada kadar maksimum, contoh 18-105, zoom pada 105 dan anda dpt f5.6...dapatkan jarak fokal sesuai agar dapat mengunci fokus. gunakan tripod utk lebih ketajaman gbr. shoot dalam format RAW.
SOALAN: oo..apo bezo kit lens dgn medical kit haa bang, cer jawab?
JAWAPAN: MEDICAL KIT TU DIGUNO AN BILO DEN DAH HOMPOK AN PALO KAU NGAN KIT LENS TU SAMPAI BODARAH..POPAGI DAH NAIK AN DARAH DEN!!!
SOALAN: KEH3..MOH BANG DEN BELANJO ROTI CANAI...

SOALAN: Bang, saya shoot orang selalu x jadi la bang..boleh bagi tips yang baik x bang?
JAWAPAN: Shoot orang sama ada portraiture atau group photo perlukan gabungan komposisi, sudut,pencahayaan yang tepat. Kebiasaannya lokasi menjadi agenda utama. Selain itu, ia juga merupakan proses fotografi terancang di mana kita boleh merencanakan proses photo shoot agar mendapat hasil yang terbaik. Kerjasama antara subjek dan photographer penting agar masing-masing faham peranan yang harus dimainkan.
SOALAN: Masalah eh bang ese nak ngambik gambar orang utan..mano nak dapek an kojosamo dio bang..
SOALAN: APO PASAL KAU X CAKAP TADI!!!...DEN SUNGKIP BUAH PINGGANG TU KANGGG!!!...POPAGI DAH BUEK DEN HANGIN...
SOALAN: HAHAHAHA....SABAR BANG...MOH KITO POKONO ROTI CANAI BANG...ESE BELANJO... 


SOALAN: Bang, apo ciri-birit sebagai seorang photographer yang baik?..cer cite
JAWAPAN: Photographer ciri-birit tu kau..dulu sekolah mano nie..BONGAP TAK AGAK-AGAK...
SOALAN: ALA BANG JGN MARE..SILAP TAIP JOOO..HEHEHEH


SOALAN: Bang, boleh bagi tips untuk shoot outdoor x?
JAWAPAN: Untuk shoot outdoor, memula sekali kita kene berada di luar sebab kalau kita berada di dalam kita hanya dapat shoot indoor...
SOALAN: Bang, boleh seyes sikit x, saya tanya betul2 nie...
JAWAPAN: HAHAHAHAHAH....

Tu ladeh buek kali nie yo..untuk pengetahuan korang, lawak2 nie adolah ciptaan den sendiri hasil gubahan daripado pertanyaan2 pasal fotografi daripada orang2 yang bertanyo kek den.. ado jugak yang den cipto sendiri pertanyaan tu...harapan eh agar konsep belajar sambil berlawak nie dapek memudah an sesapo yang baco tu paham..kalau 



Tuesday, 31 December 2013

SALAM AKHIR TAHUN

SALAM AKHIR TAHUN

APO kabar sumo eh. Pojam colik kito dah pun sampai ke penghujung 2013. Mako bertambah la laie umo, pengalaman, ilmu dalam bidang masing2 kan..itu tak campur amalan, doso dan pahalo laie tu. Dari sudut fotografi yang kito minat, agak eh ado tak kito dapek merakam gambar bunuh atau killer picture untuk rekod peribadi bagi taun nie. Adokah kito dapek meningkatkan kualiti gambar kito sojak bertaun mengusung kamera ke hulu hilir. Adokah kito berjayo mendapek an gear dan aksessori kamera yang diidam taun nie..macam-macam la pertanyaan kan..azam taun baru apo tah laie..sampai tosodak-sodak den sobab asyek sobut namo den yo hahahaa..


Cito pasal fotografi, kito ghaso banggo dongan anak Melayu saudara Yaman Ibrahim menjadi tersohor dan memenangi Maybank Photo Award 2013. Ini menunjukkan kito orang Melayu ni memang hebat jiko kito fokus dan tau matlamat yang kito nak capai. Tak kirolah korang jadikan bidang fotografi nie sebagai hobi atau pendapatan sampingan..yang ponting kito perlu ado matlamat, passion dan semangat untuk terus belajar memantapkan diri dengan seni fotografi ini. 


Penentuan genre amat ponting dalam dunio fotografi. Kito harus memilih satu genre yang benar2 kito minat dan passion tontang eh. Photography is all about passion. Find your passion and you will find your picture. Gambar kito adalah bayangan personaliti kito, karektor kito dan bagaimano orang monilai kito. Gambar kito adolah karya kito. Sama ado gambar kito ponah monang atau tidak, karya yang kito sajikan pada masyarakat harus dapek mengajar, memberi maklumat dan mendidik viewer atau dalam kato lain gambar kito bukan la sekadar memaparkan kecantikan semato-mato.


Bagi Azam Fotografik, kesempatan selama 10 tahun dalam dunio fotografi nie mengajar den akan betapo masih kurang laie ilmu fotografi ini, cubo berkongsi apo yang den tau dan sentiaso mencubo memberikan yang terbaik. Den nak ucap an berbanyak timo kasih pada kawan-kawan yang begitu copek jo suko karya-karya tak seberapo yang den upload di FB den tu ha..Memang payah bilo kito minat sesuatu yang kreatif tetapi kito tidak dilahirkan dengan bakat kreativiti..Mako nyo, terpakso la bolajar untuk monjadi kreatif. Apo pun yang ponting ingat la yo...Rakamlah gambar kerana anda suka melakukannya, bukan kerana inginkan pujian dan like daripada orang lain..

Salam hormat. Solamat tinggal 2013, Solamat datang 2014..semugo kito menjadi insan yang lebih baik di sisi Allah...
Timo Kasih

Friday, 13 December 2013

MINOR EDITING DALAM PS

MINOR EDITING DALAM PS




Salam Jumaat, penghulu segalo hari..Apo macam eh rini?..Oklah, dalam post kali nie den cito an sikit pasal Minor Editing dalam PS. Kito tak perlu la master sangat PS kalau maleh nak belajar semuo teknik dalam PS nie..Dongan tau beberapo kaedah yang betul korang dapek meningkatkan kualiti gambar yang dirakam. Den cubo cito an seberapo mudah mungkin semugo ekau paham tapi kalau tak paham jugak lantak dek kau la heheheheh...

Sebolum kito mulo, den selalu posan dalam bengkel-bengkel fotografi den bahawo kito mesti merakam gambar setepat mungkin dari aspek teknikal dan kreativiti dan menggunakan software editing secara minor sehaja untuk memantapkan gambar korang tu. Dalam tutorial ringkas nie den merujuk kepado Adobe Photoshop (PS). Pastikan korang klik CTRL J sebelum buek apo2 adjustment pado gambar korang. Tujuan eh kito ado layer gambar yang original kalau lopeh edit tu korang tgk gambar tu tak jadi seperti yang korang nak. Jadi tak payah la kito nak insert gambar semulo.

Ajdustment Level

1. Korang boleh capai tetingkap ini di IMAGE>AJDUSTMENTS>LEVELS.
2. Perhatikan 3 pointer iaitu Black Point Slider, Midtone Slider dan White Point Slider.
3. Cubo korang gerak an slider tu dan lihat perubahan pada gambar korang.
4. Ejas slider ikut kesesuaian dan klik ok kalau pueh hati ngn adjustment yang korang buek tu.

Hue And Saturation

1. Tetingkap ini dicapai melalui IMAGE>ADJUSTMENTS>HUE/SATURATION. 
2. Kalau korang nak ejas sumo kaler pilih Master pada bahagian Edit. Kalau nak ejas kaler tertentu,pilihlah pilihan kaler dalam Edit.
3. Kalau korang pilih Master, den cadangkan saturation slider tu korang tarik tidak melebihi 25 
(utk gambar orang) bagi mengekalkan skin tone dan tidak over colour. Tapi kalau korang nak ekperimen ngan kaler, hantam jo ikut suko..kaler free bukan kono bayar yo tak :)

Croping

1. Kalau diperlukan korang boleh crop gambar korang ikut kesesuaian. 
2. Tekan C tuk dapatkan kawasan croping seperti rajah tu pastu ejas la yo. 
3. Biaso eh den x guno croping tapi den guno Resize. Tekniknya, tekan T tuk aktifkan tool, tekan SHIFT pada keybord (jgn lepas) bagi mengekalkan aspect ratio (khususnya gambar orang) dan tarik pepenjuru atas atau bawah. Selepas tu baru guno crop untuk buang bahagian luar layer yang tidak digunokan.

Sharperning

1. Ok, korang buleh capai tetingkap ini di FILTER>SHARPEN>SMART SHARPEN.
2. Asasnya, amount tu korang letak paling maksimum 100.
3. Radius tu pulak, paling maksimum lotak 2.0.
4. Bagi tujuan ekperimen, hontam la bapo korang nak bubuh. 

Watermark

1. Perlotakan Watermark bertujuan mengelakan gambar kito diguno oleh orang lain tanpo kebenaran.
2. Bubuh lah ikut kesesuaian dan guno namo yang sesuai.
3. Korang guno Text Tool dalam PS untuk buek watermark nie yo.

Jadi, itu la minor editing yang selalu den guno pada gambar-gambar den. Harap eh korang dapek sedikit sebanyak ilmu dan info yang den bagi nie yo. Kalau ado apo-apo nak tanyo, silo kan dan den cubo la bantu nanti. Gambar di bawah nie menggunokan teknik yang den koba kan kek ateh tadi.


Timo kasih 

Thursday, 12 December 2013

APO YANG KAU INGINKAN?

APO YANG KAU INGINKAN?

Salam hormat semuo eh..apo kabar? Apo macam aktiviti fotografi korang sumo? Musim-musim tengkujuh nie jangan lupo bawak tuala, plastik dan peralatan tambahan ketiko menembak..kang x pasal-pasal ujan potuih (hujan lebat ) abih basah gear korang kang..Ok la, kali nie den nak sembang pasal editing. Seperti mano yang kito tau, fotografi digital dan editing software memang amat rapat. Jarang bonar la kito donga photographer shoot lopeh tu terus upload gambar. Mesti akan berlaku proses editing sebelum gambar tu di upload. 
Apo yang den nak koba an ialah kito boleh guno software yang kito tau dan suko untuk menambahbaik gambar. Ado orang suko major editing tapi den lobih suko minor adjustment agar originality gambar tak terjejas. Ado orang suko gambar yang banyak efek walaupun gambar asal tak macam tu dan ado orang suko memaparkan gambar yang seasli mungkin. Apo pun juo, topuk kamera tanyo gambar apo yang ekau nak paparkan. OK, minor editing yang den cakap an tadi melibatkan beberapa langkah dalam PS (Photoshop) seperti croping, sharperning, hue & saturation, watermark dan level adjustment. Insyaallah akan datang den akan kongsikan tips minor editing nie yo.  

Gambar di Kaki Gunung Blanc (Mount Blanc), Perancis

Angsa di Tasik Lilte Venice, Annecy, Perancis

Foto candid 

Saat tepat gambar ini dirakam di saat adik ini memandang kamera

Pengemis jalanan di Geneva, Switzerland

Sunday, 22 September 2013

MACRO WITH NIKON 105MM

Bermakro dengan Nikon 105mm f2.8

Berikut adolah gambar-gambar yang den hasilkan menggunakan lensa Nikon 105mm f2.8 macro. Bagi den lensa nie memang sodap la. lagi pun nie la satu-satu lensa makro yang ado heheh..semua gambar makro den memang dihasilkan dongan lensa nie dan dibantu dongan simple DIY untuk soft lighting..selamat menatap..

Nikon D300 | 1/205s | f7.1 |ISO250 
Nikon D300 | 1/160s | f6.3 |ISO160
 Nikon D300 | 1/250s | f7.1 |ISO250 
 
Nikon D300 | 1/250s | f8 |ISO250 
 Nikon D300 | 1/160s | f4r |ISO200
Nikon D300 | 1/250s | f7.1 |ISO250